Wednesday, July 14, 2010

masa utk membuat analisa kualiti air...


wah..tgk entri aku nih cam msh hebat la aku mentranslet bhs omputih ke b.melayu...water quality analysis @ dlm bhs melayu nya, analisa kualiti air...hahha...xde la susah mane nak traslet ke BM..dulu masa buat abstrak BM utk thesis, siap gune google traslet lagi..pastu kena reject ngn examiner...hahaa..mane xnye, ayat mcm ape je...direct translate dr google..

ok..back to our topic...
water quality analysis is really important...dlm lab IPP ni, air yg biasa menjadi sample, air sungai...sbb kite kena tahu pasal kandungan air sungai tu, utk memastikan air tu selamat digunakan oleh manusia ataupun hidupan dlm air sungai tu...byk lagi kepentingan analisa kualiti air ni...mls la nah explain...search sendiri ye gune google...sian journal2 tu xde org nak bace.. hehe

analisa ni ktrg start buat hari isnin bersamaan 12 july 2010...sample dah diambil oleh pekerja IPP...ktrg start buat part cek TSS analysis...TSS tu stand for Total Suspended Solid...nak tgk air tu keruh ke x..pastu smbg plak buat Nutrient Analysis...utk cek kandungan ammonia, nitrate,nitrite, etc....

masa buat2 keje smpat gak ambik gambar... :P

some reagents used in Nutrient Analysis. diluted 10ml of sample with the reagent, 
then read the result using spectrophotometer. :)

ni la mechine spectrophotometer yg digunakan utk buat bacaan utk Nutrient Analysis.

ni la die sample air sungai yg dah didiluted ngn reagent..ade yg berubah colour, ade yg msh jernih je... :)

ni lak radas yg digunakan utk buat TSS analysis...ni set Vacuum pump...ape ntah name die..xtau la plak..ehehe....ade nye vacuum pump ni, air sungai lebih cepat difilter...kalo nak tggu die filter tanpa bantuan, huh, mau seminggu buat... :P vacuum pump ni memudahkan kerja dan tugasan.. :)

member tgh tuang sample..cmni la ktrg buat TSS analysis.. :)

yg bwh ni lak, gmbar2 disaat kebosanan buat kerje..hehehe

busy buat Nutrient Analysis than ade la org snap gmbr dr blkg..ehehe

its ME and my friend Pres.. :)

reagent used...in small packet and ready to use.. easy right?

lab equipments...ehhehehe

my kawaii note book... :)

enjoy working with UMS's student cos they are cool! :)

Thursday, July 8, 2010

my internship life!






selamat pagi....sekarang jam 9.41am...aku kat institut penyelidikan perikanan cawangan sarawak a.k.a IPPCS...
hehehe..ni dah masuk minggu ke 6 buat internship kat cni...selama 5 minggu aku habiskan masa internship kat Hatchery IPP kat Santubung...macam2 yg aku belajar kat ctu,...best mmg best..tp seram la nak stay ctu sorg2 je ppuan...kat ctu pekerja sume laki...kerja berat katakan..tp mereka tersgt la baik ngn aku...rindu lak kat dorg...ok..mulekan ngan pekerja kat Stesen Asuhan Benih Ikan Laut, santubung a.k.a SABIL...1st, En.Abdullah yg byk tolong aku culture rotifer...kira rotifer...jaga anak ikan siakap/...ajar aku cmne nak bagi makan...mcm2 yg aku xpenah belajar lam subject aquaculture for biotechnology ... En.Hamapi yg byk tlg aku..die salu bg aku artemia wpun stock artemia xbyk, die bagi gak kat aku,,,ekekeke...ade lagi encik yg salu harvest rotifer tu, xtau name lak..ehehe..die yg ajar aku harvest rotifer cmne..huhu...en. ridzuan yg ajar aku management utk ikan2...wpun jarang borak2 ngn die, tp ilmu yg die bagi tu, mmg xjumpe kat buku...En.maning yg byk ilmu ttg live feed..byk tlg aku gak pasal live feed ni...student UITM yg LI kat ctu, apis...ju..ape ntah lagi name dorg..bila aku tanye je, dorg mesti akan jwp..xlokek ngn ilmu, wpun dorg salu gelak cm ape, irritating laugh, and pakai brg2 kat dapur xreti nak cuci balik..... tp dorg baik, ramah....apis, wpun suke kacau aku buat keje, tp byk tlg aku..haha..tq so much....


sekarang turn pekerja kat hatchery IPP lak.... Iskandar a.k.a Is..wpun die budak sengal, tp die xbising kalo disuruh...haha...yg xbest, die suke membebel, suke tarik2 kerusi masa aku duduk, tumbuk aku (ko igt aku ni tmpt ko nak test penumbuk ke?) hahaha.. yg plg best, kalo Hero2 ade kat hatchery, xde lak die kacau aku..wakaka...dia lak yg kena buli ngn Hero2...tq Hero2... :P sorg g name die azlan a.k.a lan..yg byk ajar aku psl scale up mass production of Microalgae, species Nannochloropsis.. :)  kalo kat cni kan, culture algae tu dorg panggil 'air hijau'..sbb kaler die hijau,,,,wakakakakkaka....
utk Hero2....Rudy, Mia, Jenal and John....wpun korg suke merapu2...p best..pat gelak2...xstress sgt kat hatchery...hahaha...p jgn la salu sgt bagi aku makan..penat oo makan..kakaka
student2 UNIMAS..korg mmg happening n best!! UNO! :) kalo ade masa, leh jumpe g kan? 
student UM, Haspa, best kacau die, die malu2..hahaha..
Studens UMS, korg happening n friendly...best kawan ngn korg..wpun korg xabis LI g..kt masih ade byk mas autk bersama g.. :)


ni some of the pict i take at Santubung....


tis pict was taken with UNIMAS n UM's student...and olso officers..


Sunday, April 4, 2010

pembukaan satu persatu...step by step.... bhgn akhir

III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

pembukaan satu persatu...step by step....bhgn 2

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita,
"Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.



Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
"Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.


Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

pembukaan satu persatu...step by step.... bhgn 1

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
>> Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
>>Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.


Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
>> Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
>>Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

Monday, March 8, 2010

.....KURANG AJAR...

td dekat2 pkl 6 ptg, aku tgh tggu bus nak balik dr campus...kat bus stop ade 3 org lelaki....2 org mude lagi (rase2 dlm 20 cmtu la), lagi sorg dalam linkungan 35 keatas cmtu..
ok, kite namekan mereka:
 si A (berumur 20), 
si B (berumur 20), 
si C (of cos yg 35 keatas tu).....

tggu punye tggu, lalu la bus 2 kaler...kuning n merah...bus tu xnak stop coz dah penuh....dengan muka kecewa mereka 3 duduk balik kat bus stop tu..ye la,jam dah dekat pkl 6, dorg pun nak balik umah kan..jauh lak tu, kat ***** ... aku mmg dah plan xnak naik bus kuning merah tu..aku dah set nak naek bus putih merah...luas skit n xramai org naik coz tambang dia mahal sikit dr bus kuning merah tu...xsampai 5 minit, bus putih merah tu lalu...si dengan gembira nye menahan bus putih merah tu (yeye, aku xyah la nak tahan bus tu.. :) )..
bus tu lak berhenti cun2 depan aku..aku naik la dulu (siapa cepat dia dapat beb!)...so, yg 3 org lagi tu berebut jugak la nak naik...

masa nak bayar tambang, driver tu tanye, 
"pergi mana?"
"******* *"..jwp ku... (aku dah biase dah, kalo naik bus ni mmg dia akan tanye, ye la bus ni baru je tukar route dia..)
then dia bagi tiket...(baru perasan, driver bus ni xpenah nampak..mude lagi..muke cm Chinese, tp ckp cm melayu.. lantak r, ade aku kesah? )

si A: *****
driver: *****? tak tak... (suara agak kasar)

aku terus je duduk kat bahagian agak kebelakang..bus mule bergerak slow je, then tb2 stop...driver tu bgn n lambai tgn kat si C...si C pun pergi la ke pintu bus, (mesti dia ingat driver tu nak bagi dia naik)..
pastu, aku nmpak driver tu tarik baju si C...
driver: ko cakap ape td hah?
si C: @#%$^ (aku xdengar dia ckp ape..dia kan kat luar bus)
driver: @!#$%^&**!&@^#&$&^#$^%#$^%^@#

pastu dia lepas baju si C n terus drive bus tu...
amboi! yg ni aku kesah! agak2 r, xyah la nak KURANG AJAR sangat!!!!
ko tu driver bus je, biasa la kalo kena sumpah seranah ngan org!
isk2..mude2 dah kurang ajar cmtu...ape nak jadi ngn org zaman sekarang..
syarikat bus putih merah, sila la pantau driver bus korg..pasang la cctv...dorg tu kurang ajar sgt...xbaik buat cmtu kat org...

~~~hidup ni, kita xtau ape yg bakal terjadi beb, bila kita nak mati pun kita xtau,so jgn la buat perkara cmtu,,dosa beb~~~

Monday, March 1, 2010

refreshing....

18 feb 2010...
i went to Genting Highland with my girl-friend...
jln2 tgk permandangan je bah...*0*
some of the nice picture i snap using my friend hp cam..huhuhu..not too high quality of cos...
camera 5 mega pxl, hp Sony Ericson [dun remember what model...]

still in CNY mode, so they got this phoenix decoration.
it nice, n beautiful...love it!


some decoration using food...very nice..


flower..i love flower....

i love this one...

colourful flowers....

i love flowers!!